December 28, 2015

Hormat ibu bapa

Assalamualaikum & hello everyone :)

Last week, masa on the way nak balik kampung kiteorang singgah rumah Tok Lang aku. Aku rasa dah berapa tahun kot tak jumpa dia sebab bila tengok dia aku macam tak kenal hahahaha. So masa datang rumah dia tu dia cerita lah serba sikit pasal kehidupan dia. Kira pergi rumah dia ni macam belajar agama dengan sejarah hahahaha. 

Tok Lang aku ni dia kahwin 4 ke 5 kali macam tu. So anak-anak dia pun of course lah ramai kan. Dia cerita kat kiteorang dulu dia ni seorang askar. Lepas dah pencen tu kerajaan bagi dia sebuah rumah kira macam sebagai tanda penghargaan lah. Rumah ni dia duduk dengan arwah isteri pertama dia. Sebelum isteri pertama dia meninggal, dorang dah buat perjanjian. Kalau dia yang meninggal dulu so rumah tu isteri pertama dia yang dapat & kalau isteri pertama dia meninggal dulu so dia yang dapat rumah tu. Tapi perjanjian dorang ni takda hitam putih kira dorang ni just cakap je lah.

Lepas isteri pertama dia meninggal, dia nak duduk rumah tu. Tahu apa anak-anak dia cakap kat dia? "Ni rumah mak bukan rumah ayah" Anak-anak isteri pertama dia halau dia & siap tukar mangga kunci so dia tak boleh masuk. Btw, anak-anak dia 4 orang tak silap jadi cikgu (yang lagi sorang tu tak tahu lah hahahaha) Dia ada cerita yang dorang tu tak pernah melawat dia, nasib baik ada anak dengan isteri yang lain. Tinggal dekat je tapi langsung tak pernah melawat, bagi duit lagi lah aku rasa tak pernah.

Aku rasa dalam tahun ni kot, rumah yang anak-anak dia tak bagi masuk tu terbakar. Nasib baik tak ada orang kat rumah. Nasib tak terbakar teruk. Cuma bahagian dalam je terbakar, luar okay je. Kalau tengok kehidupan Tok Lang aku sekarang pun macam susah. Duduk rumah flat yang macam flat PPR tu dengan keadaan rumah yang agak menyedihkan. Padahal anak-anak semua kerja bagus-bagus. Yang sorang tu penolong kanan tak silap.

Mungkin anak dia marah kat dia sebab kahwin lain kot tu yang buat macam tu kat ayah dia. Bagi aku lah, dia still seorang ayah yang pernah membesarkan korang sampai berjaya, Walau apa pun yang dia buat, dia still ayah korang. Satu pesan Tok Lang aku kat kiteorang

                          "Kalau korang dah berjaya satu hari nanti, jangan
                    pernah lupa ibu bapa korang. Dah dapat gaji, bagi 
                    sikit kat mak ayah. Kalau gaji cuma RM200 pun 
                    bagi lah kat mak ayah korang walaupun RM10 je."

                 "Ibu bapa punya berkat tu yang penting. Kalau 
                   korang tak hormat ibu bapa sendiri, tak aman 
                   dunia akhirat"

Haaa deep kan ? Masa dia cakap ni mak aku dah buat muka kat aku hahahaha okay. Tapi sebenarnya memang betul, berkat ibu bapa tu penting. Kalau belajar agama kat sekolah mesti ustaz ke ustazah korang ada sebut pasal ni. Sooo kesimpulannya, hormat lah ibu bapa korang okay ? 

No comments:

Post a Comment

You may comment here but please don't use any harsh words